PEKELILING
Jadual Tugas Penulisan Nuqaba` Halaqah (Januari)
Pada Januari 2012 , Bahagian Pengurusan Majlis Nuqaba` Halaqah Malaysia telah bersidang dan bersetuju untuk memberi tanggungjawab penulisan setiap minggu kepada semua naqib dan naqibah Halaqah.
Tujuan:
Keputusan ini dubuat berdasarkan kepentingan-kepentingan berikut:
1- Mengasah bakat penulisan setiap Naqib dan Naqibah Halaqah
2- Memeriahkan penulisan di Laman Rasmi Halaqah iaitu : www.halaqahmaya.com
3- Mengumpulkan penulisan untuk program Risalah Jumaat
Gerak kerjanya adalah seperti berikut :
1- Setiap naqib dan naqibah Halaqah perlu menyiapkan artikel berdasarkan tema di Jadual 1.
2- Penjelasan bagi setiap tema boleh dilihat di Jadual 2
3- Artikel yang sudah disiapkan perlu diterbitkan di Laman Portal Rasmi Halaqah dibawah akaun sendiri.
4- Tarikh akhir bagi setiap artikel adalah pada hari ke tujuh pada setiap minggu (Hari Ahad)
5- Setiap Naqib dan Naqibah mestilah mengikut panduan “Format Artikel Halaqah” sepertimana yang terdapat dalam info Halaqah di Laman Portal Rasmi Halaqah.
6- Setap naqib dan Naqibah juga mestilah mengikut Metodologi Penulisan Halaqah sepertimana yang dilampirkan.
Harapan:
Semoga tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan sebaiknya. Kerja bersungguh-sungguh kita diharapkan mendapat redha Allah.
“Belia Terpimpin, Masyarakat Sejahtera”
Mohd Shahabudin Md Yatim, Nor Fadhlin Jaafar
Pengerusi Setiausaha
Jadual 1
| Tema | Minggu 2 | Minggu 3 | Minggu 4 | Minggu 5 |
| Tafsir | Fitri | Nuriman | Haris | Khalillah |
| Hadith | Nur Amirah | Fitri | Nur Farah | Syuhada |
| Sirah | Nur Farah | Khalillah | Syuhairah | Zamri |
| Tokoh | Nurul Sebtuyah | Zamri | Syuhada | Fairuz |
| Fiqh | Syuhada | Syuhairah | Nur Amirah | Fitri |
| Aqidah | Nuriman | Nur Farah | Fairuz | Haris |
| Fikrah | Khalillah | Syuhada | Nurul Sebtuyah | Nur Amirah |
| Akhlak | Zamri | Nurul Sebtuyah | Fadhlin | Nur farah |
| Hari Kebesaran Islam | Fadhlin | Fairuz | Zamri | Syuhada |
Jadual 2
| Tajuk | Penjelasan | Rujukan |
| Tafsir | Surah an-Naas-Surah hingga ad-Dhuhaa | - Tafsir Al-Azhar – Buya Hamka - Tafsir Pimpinan Ar-Rahman - Tafsir Fi Zilalil Quran – Syed Qutb - Tafsir Ibnu Qayyim |
| Hadith | Hadith 1- 20 dari kitab hadith 40 Imam Nawawi | - Syarah Hadis 40 Imam Nawawi |
| Sirah | Sirah Rasulullah di tahap Makkah sehingga tahap awal Madinah | - Fiqh Sirah jld 1- Dr Ramadhan al-Buti |
| Tokoh | Boleh memilih tokoh-tokoh dari kalangan sahabat Rasulullah, para ulama, tokoh-tokoh umat Islam sejak dahulu sehingga sekarang. | - pelbagai |
| Fiqh | Perbahasan Toharah, Solat, Puasa, dan Zakat sahaja | - pelbagai |
| Aqidah | Menjelaskan prinsip-prinsip utama Islam dan menolak Bidaah dalam agama | - pelbagai |
| Fikrah | Menjelaskan hakikat Islam serta prinsip-prinsipnya, juga membongkar keburukan system selain dari Islam seperti kapitalis, komunis, bebas dan sebagainya. | - Dasar-Dasar Islam – Al-Maududi - Apa Ertinya Saya Menganut Islam? – Fathi Yakan - Islam dan Jahiliah – Al-Maududi - Salah Faham Terhadap Islam –Muhammad Qutb |
| Akhlak | Menjelaskan akhlak-akhlak terpuji yang dituntut oleh islam seperti menunaikan janji, larangan bercakap perkara yang tidak tahu dan sebagainya | - pelbagai |
| Hari Kebesaran Islam | Menjelaskan keistimewaan setiap keistimewaan dalam bulan tersebut, seperti bulan ramadhan dan kelebihan berpuasa | - pelbagai |
Metodologi Penulisan Halaqah
1. Setiap artikel mesti ditulis sendiri oleh penulis, nama penulis serta posisinya dalam halaqah perlu diletakkan di akhir artikel.
contoh:
…… Tuntasnya, marilah kita membangkitkan cinta sebenar dan menjadikan ia puncak hidup kita menuju Allah Taala.
Penulis: Ahmad bin Kasim,
Posisi : Naqib Usrah : Band Of Ukhuwwah
2. Artikel yang tidak ditulis sendiri mestilah diletakkan :
2.1. Rujukan : Buku atau URL link berkenaan
2.2. Rujukan : Nama Penulis
contoh:
…… Tuntasnya, marilah kita membangkitkan cinta sebenar dan menjadikan ia puncak hidup kita menuju Allah Taala.
Penulis: Syihabudin Ahmad My,
Rujukan : Buku Apa Erti Cinta / http://aljazary.blogspot.com
3. Sekiranya ada artikel tidak mempunyai ciri-ciri no. 1 dan 2 maka, artikel tersebut akan dipadam.
4. Sekiranya ada artikel yang tidak menepati prinsip-prinsip umum dan khusus Halaqah, maka ia akan dipadam.




0 comments:
Post a Comment
Sila nyatakan cadangan anda dengan hemah :)JIka anda TIDAK MEMPUNYAI akaun google, sila nyatakan NAMA anda di kotak "Comment as".