• Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.
  • Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.
  • Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.
  • Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

Saturday, May 19, 2012

Tokoh : Lathifah As Suri


بسم الله الرحمن الرحيم

Sebenarnya sudah lama saya mencari-cari kisah wanita muslimah di belakang Imam Hasan Al-Banna. Sukar juga sebenarnya kerana tidak banyak yg diperkatakan tentang beliau, sayap kiri As-Syahid.  Alhamdulillah, suatu hari Allah mempertemukan saya dengan kisahnya, kisah yang sudah lama ingin saya ketahui. Kita banyak membaca kisah-kisah wanita teladan dari zaman lampau, kadangkala terasa ingin mengetahui kisah zaman ini kerana situasi, latar tempat, masa dan cabarannya berbeza. Saya rasa itu penting dalam kita membaca kisah yg terdahulu, carilah juga suntikan dari zaman sendiri, kisah yang lebih dekat. Sebagaimana pesan Saidina Ali r.a.:

"Didiklah anak-anakmu sesuai mengikut zamannya"
Pesan ini menunjukkan pentingnya untuk kita hidup berpijak pada zaman sendiri, usah terlalu idealistik sehingga tidak realistik. Ingin saya kongsikan buat semua kisah wanita dibelakang mujahid ummah yang ulung ini. Moga bermanfaat.

Dia adalah Lathifah As Suri. Dia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahawa ia inginkan seorang muslimah yang tegar, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berdakwah. Tidak mudah menjadi isteri seorang Hasan Al Banna. Seseorang yang setiap detik kehidupannya sarat dengan kegiatan dakwah. Di pagi buta dia sudah bergegas untuk memulakan dakwah dan kembali pulang di gelap malam. Boleh dipastikan ia adalah seorang muslimah sejati, yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Al Banna.

Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu hal yang main-main, bukan hanya sekadar dakwah seperti kebanyakan orang waktu itu. Bukan hanya sekadar membangun rumah ibadat. Imam As- syahid sedang dan hendak membangun sebuah peradaban. Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah wujud, tanpa seseorang yang ia yakini kesetiaannya. Maka siapa pun itu pendampingnya harus menyedari bahawa dibahunya  ada amanah yang sama besarnya dengan apa yang di impikan oleh Imam Syahid. Maka pertemuan diyakini menjadi suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan isterinya. Maka bagi Lathifah As Suri menjadi isteri Hasan Al Banna menyimpan begitu banyak cabaran. Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyedari bahawa dia harus bersedia jika sampai waktu dia harus menjalani hidup bersendirian tanpa seseorang, tempat berlabuh hidup dan cintanya.

Dakwah & Rumah Tangga


Dakwah Ikhwan yang dipimpin oleh suaminya banyak meminta risiko yang bukan ringan-ringan. Penjara bahkan nyawa menjadi penamat logik, yang bila-bila masa boleh menyapanya. Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktiviti luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.

Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna, Lathifah berasal dari keluarga yang taat beragama. Hingga tak hairan jika ia menyedari betul tuntutan hidup menjadi isteri seorang daie. Malam, dia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya. Walau jarang-jarang berlaku, Imam As-Syahid sangat berhati-hati, bahkan hanya untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. Jauh dilubuk hatinya, Imam As-  Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari kekasihnya yang telah seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua. Imam As-  Syahid bahkan tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.

Wanita, Isteri & Ibu

Lathifah tidak pernah mengeluh, walau seharian hanya ia habiskan di dalam rumah saja. Ia tidak pernah menuntut lebih kepada Imam As- Syahid. Padahal, Lathifah pun berlepas diri dari ia seorang isteri Imam As-  Syahid- menyimpan banyak potensi. Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang sesungguhnya adalah curahan tumpuannya menjalani hidup. Satu-satunya yang pernah membuat dirinya bingung adalah, ketika salah satu anak mereka sakit kuat dan Imam As-  Syahid perlu tetap menjalankan jihadnya. Ia bertanya kepada suaminya,”Bagaimana jika ia meninggal?”. Imam As-Syahid hanya menarik nafas panjang, dan kemudian berkata “Bapa saudaranya lebih tahu bagaimana mengurusnya.” Sejak hari itu, Lathifah menanamkan wawasan keIslaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan yang meruntuhkan. Ketika Imam As-Syahid keluar-masuk penjara, Lathifah berusaha bersabar .

Lathifah sangat menyedari peranan dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai isteri dan ibu bagi anak-anaknya. Dia  mengosongkan waktunya untuk mendidik anak-anaknya. Dia bahagia melihat anak-anaknya berjaya dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal dari orang selain ibunya. Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tak ada resah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh almarhum suaminya. Ia tetap berusaha didalam rumah. Lathifah tidak meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan. Kerananya, tidak hairan diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) - antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis.

  Pengetahuan & Perjuangan
Tidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam As-Syahid inginkan berlaku dalam keluarganya masih tetap di pegang teguh oleh Lathifah. Sendirian, ia membesarkan keenam anaknya. Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, yaitu memperdalam wawasan keIslamannya.Yang dimaksud dengan wawasan keIslamannya adalah membaca Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, hadisnya dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. Lathifah juga masih menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita dunia Islam. Lathifah menyedari mengenepikan masalah ini akan menghasilkan persoalan serius. Seorang yang tidak menambah pengetahuan keIslamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keIslaman yang baik, seorang wanita akan menyedari betapa penting peranannya terhadap keluarga dan masyarakat.

Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya berjaya meraih kelulusan formal dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi isteri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, pernah duduk di parlimen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai pengajar di Universiti Cairo. Kelima Roja, kini menjadi doktor. Dan Halah sebagai doktor pakar kanak-kanak di Universiti al-Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai Doktor ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berertinya peranan Ibu bagi keberhasilan dakwah sang suami.









"Alternative text

Thursday, May 3, 2012

Jamadil Akhir..



Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Jamadil Akhir



1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.

2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.

3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.

Fadhilat

Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat pada bulan Jamadil Akhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang belum lakukan atau belum berkesempatan untuk melakukannya. Maka yang demikian, pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang mungkin kita belum atau tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini. Di samping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga digalakkan agar memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah sebagai penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat nafilah, puasa Isnin dan Khamis, sedekah, membaca Al-Qur’an dan lain-lain lagi.




"Alternative text

Wednesday, May 2, 2012

Mengemis Kasih di Tanah Suci

Menghayati pagi terakhir di Mesir.. Entah ada lagi ke rezeki untuk ke sini. Inshaallah petang ini berangkat ke Madinah. Tiga hari di Mesir ini sarat dengan hikmah yang tersirat dan tersurat.

Sesungguhnya nikmat dunia ini memang indah, namun terlebih indah adalah nikmat di akhirat.

Semoga Allah meneguhkan iman kita semua.

Tanda-tanda kita terlalu bergantung kepada diri & kurang bergantung kepada Allah adalah apabila kita sangat dukacita tatkala ditimpa Kegagalan setelah berusaha. Tanda-tanda kita orang yang redha & tawakal adalah dengan meyakini Allah sentiasa ada perancangan yang lebih baik. Kita cuma berusaha, sedangkan Allah yang berkuasa menentukan segala-galanya. Alhamdulillah... :)
Setelah beberapa kali perancangan untuk mengerjakan umrah di tanah suci terhalang, hati ini semakin tawar. Selagi belum menjejakkan kaki, selagi itulah tidak mengharap. Benar-benar terasa bahawa bukan semua orang mampu ke sana kalau tidak dijemput Allah untuk menjadi tetamunya. Sebelum ke Madinah, kami singgah ke Mesir beberapa hari. Perjalanan dari KLIA menuju ke Cairo mengambil masa 12 jam. Sampai sahaja di Cairo, kami dibawa ke sebuah villa, Rumah Perlis. Pandangan luar macam biasa-biasa sahaja, tetapi sebaik pintunya terbuka terkejut melihat hiasan dalaman villa yang mewah.

Selepas bersarapan kami dibawa ke banyak tempat menarik di sekitar Cairo seperti piramid dan muzium. Semua tempat dikenakan bayaran dan paling tidak boleh lupa ialah menatap mumia-mumia Firaun dan kerabat diraja. Kebanyakkan mumia berkulit hitam kesan daripada proses pengawetan dan keadaan. Namun ada satu mumia yang masih bewarna kulit asal, keperangan dan dikatakan menurut pengkaji terdapat garam yang banyak dalam mumia yang satu ini. Maka kebarangkalian inilah Firaun yang telah dilemaskan oleh Allah sewaktu mengejar Nabi Musa. Benarlah seperti janji Allah dalam Quran yang mahu mengabadikan jasad Firaun ini supaya kita semua mendapat pengajaran.

Hari pertama ini sangat-sangat meletihkan. Malam itu sahabat lama saya datang ke villa untuk menziarahi kami. Beliau ialah Siti Munirah Abd Rashid, seorang penulis buku yang juga sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Aman Pattani. Pertemuan ringkas, mata mengantuk dan akhirnya kami sama-sama ‘speechless’.
Beliau datang bersama suaminya, yang merupakan anak kepada ustaz kami iaitu ustaz Kamaruddin Kassim, seorang aktivis bebas.

Hari kedua di Mesir pula kami pergi ke beberapa tempat bersejarah Islam seperti Kubu Salahuddin Al Ayubi. Paling syahdu apabila dibawa melawat makam beberapa ulama seperti Imam Syafie dan beberapa orang lagi termasuklah makam Imam Hassan Al Banna. Hari ketiga pula, semua peserta ke Alex iaitu kawasan tepi laut yang dikatakan sangat cantik dan lebih tenang dibandingkan dengan bandar Cairo yang berserabut dengan sampah sarap bertimbun. Pemandu pelancong kata bandar Cairo ibarat tong sampah raksasa. Sampah ada di kanan kiri jalan. Kami tidak dibenarkan membeli roti-roti dan makanan yang dijual di kaki lima jalan kerana takut ada yang sakit perut. Puas kami menahan diri daripada membeli. Tapi pada saat-saat akhir ada juga beberapa orang yang sudah membeli. Pemandu pelancong kata “Saya tak tanggung kalau sakit perut.” Hee… seramnya ayat dia.

Hari ketiga ini saya tidak ikut berjalan. Saya duduk sahaja di Villa sepanjang hari bertemankan Quran. Perjalanan ke Alex jauh mengambil masa dalam dua jam lebih jadi kesihatan saya menghalang untuk mengikuti mereka. Seronok duduk dalam villa tu seorang diri sebab makanan ada dan sangat selesa. Nasi tomato Kafe Arau yang terletak di tingkat bawah Villa sangat sedap. Tingkat atas villa menempatkan rumah pelajar-pelajar yang belajar di sana.

Hari keempat pula adalah hari terakhir di Mesir, kami bertolak ke Madinah menaiki pesawat Egypt Air. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Sebaik sampai di Madinah, sibuklah lelaki-lelaki Bangladesh mahu mengangkat beg kami. Rupa-rupanya mereka minta bayaran selepas mengangkat. Dan selepas bagi tips mereka minta tambah lagi. Akhirnya ustaz datang dan menyelamatkan kami. Rupa-rupanya di Madinah dan Mekah juga begitu. Kalau ada orang nak tolong, lebih baik tanya awal-awal sama ada kena bayar atau tidak. Semua perlu berbayar.

Daripada lapangan terbang hendak ke hotel, kami menaiki sebuah bas yang telah disediakan oleh ustaz. Berdebar dada sewaktu hendak memasuki kota Madinah. Sambil berdoa sambil menitik-nitik air mata. Kami melalui bukit Uhud. Ustaz bercerita sirah Rasulullah saw sepanjang perjalanan. Rindu kepada baginda saw semakin membuak-buak mendengarkan lipatan sejarah baginda saw. Selepas makan dan mandi, kami berjalan kaki ke masjid Nabawi yang terletak dalam 1 km daripada hotel. Masing-masing tidak bersembang kerana sibuk berselawat. Semakin hampir ke masjid, semakin sebak di dalam dada. Semasa sudah hampir sampai, saya sudah mula merasakan sakit-sakit di pinggang kemudiannya menjalar ke seluruh kaki. Tahan.. Tahan.. Akhirnya saya duduk dan memberi isyarat kepada emak “Tak boleh dah.. Tak boleh..” Emak berusaha memimpin saya kerana kami sudah ketinggalan teman-teman sekumpulan yang sudah hampir ke bahagian masjid yang berhadapan makam Rasulullah saw. Sebaik tiba di masjid, ustaz mengajak kami berdoa dan air mata mencurah… Sebak.. Rindu… Terharu.. Bersyukur.. Semua perasaan bersatu dalam linangan air mata. Sambil berdoa saya perlaha-lahan duduk di lantai kerana sudah tidak mampu berdiri. Rasa sakit hampir membuatkan saya tidak lagi merasakan kaki saya. Selepas semua orang selesai berdoa, saya masih duduk dan saya sudah tidak mampu untuk berdiri semula. Akhirnya malam itu saya mulalah berkerusi roda sehinggalah hari terakhir di Madinah.

Hotel terletak tidaklah jauh dari masjid. Alhamdulillah dapat berjalan berpimpin sehingga sampai ke depan dinding makam yang menghadap arah hadapan wajah Rasulullah..Sampai di sana saya sudah tidak mampu lagi berdiri. Emak pujuk "Takpa..Takpa... Dah sampai dah.. Selawat, selawat.."
Bercucuran air mata ini kerana terharu diizinkan Allah untuk sampai ke sini. Ya Allah, bangkitkan daku di sisi Rasulullah di akhirat.. Wahai kekasih Allah..daku merinduimu...
Perasaan sangat gembira menyebabkan saya lansung tidak merasakan kesakitan itu suatu masalah. Setiap hari saya cuma berpeluang untuk satu kali sahaja ke masjid kerana kalau tiada orang yang menolak, saya akan duduk sahaja di bilik membaca Quran. Hati tidak sedikit pun rasa tercicir atau kekurangan kerana saya bersyukur sekurang-kurangnya saya sudahpun sampai ke sini dan apabila saya membaca Quran, rindu itu terubat. Lagipun saya tidak mahu menyusahkan orang lain.
Malam ini dimudahkan Allah untuk berdoa dan bersolat di Raudhah. Puas. Dada rasa lapang, segala rindu sudah dilepaskan dalam air mata. Selepas selesai barulah tahu disebabkan berkerusi rodalah menyebabkan saya dapat masuk ke Raudhah pukul 10.30 malam, sedangkan teman-teman Malaysia & Indonesia yang lain sepatutnya masuk pada 12malam. Subhanallah. Mak yang menolak tidak dapat masuk ke Raudhah sebab guard ambil alih menolak kerusi roda. Saya disusun paling hujung jadi puas memanfaatkan masa. Syukur ya Allah. Syukur. Balik tu, Mak kata "Doa supaya sihat." Eh, saya lupa.. Lansung tak ingat yang itu. "Kakak doa supaya iman yang sihat."

Ya Allah, jadikanlah apabila semakin hampir daku dengan kematian, maka jadikanlah daku semakin dekat dengan-Mu.

Selepas dua malam di Madinah, teman-teman lain mengajak kami ke Raudhah. Betapa gembiranya hati ingin ke sana kerana Nabi saw kata itu antara taman-taman syurga. Saya banyak mendengar kisah-kisah pengalaman orang lain betapa sukarnya mereka berpusu-pusu hendak masuk ke sana. Lalu saya berhenti berharap kerana saya khuatir roda-roda pada kerusi saya akan menyakiti kaki atau kepala orang lain yang bersujud dan saya khuatir ini akan menyusahkan emak atau adik yang menolak. Akhirnya selepas makan malam, dalam pukul 10 malam kami pun bergerak masuk ke laluan khas untuk ke Raudhah. Raudhah hanya dibuka pada masa tertentu untuk wanita iaitu selepas duha dan selepas isyak. Jadi tentulah ramai orang berebut mahu masuk. Sebaik masuk di laluan pertama, pengawal wanita memberi arahan supaya emak menolak saya ke sekumpulan orang arab. Emak patuh dan agak keliru. Barangkali pengawal itu menyangka emak orang Arab kerana berpurdah. Akhirnya kami bergerak melalui beberapa tapisan. Semua orang Malaysia dan Indonesia ditahan dan disuruh solat sedangkan orang-orang Arab dibenarkan bergerak.

Jauh juga kami bergerak melalui banyak check point tapi tidak sampai-sampai. Sepanjang jalan, saya mendiamkan diri dan berdoa di dalam hati. Adakah Allah akan mengizinkan saya ke sana? Alhamdulillah, dalam pukul 10.30pm saya sudah menjejakkan kaki dalam Raudhah. Sebaik sampai di ‘carpet’ hijau, pengawal wanita itu terus menarik kerusi roda saya daripada emak dan menolak saya ke tempat paling dalam. Emak sudah berpesan supaya sebaik kerusi dihentikan terus solat. Saya patuh, segera mata dipejamkan dan solat!. Air mata saya sebenarnya memang sudah sedia mengalir sepanjang perjalanan masuk kerana hati ini begitu sayu… Ya Allah.. Hamba lemah datang padaMu.. Ya Rasulullah… Umatmu yang lemah datang padamu.. Sudilah menerima diriku ini dalam serba kekurangan…

Sepanjang jalan tidak berhenti doa dan berdoa untuk emak, abah, nenek, atuk, kawan, staf, adik beradik, pelajar-pelajar dan untuk Islam ini. Selepas puas berdoa barulah membuka mata. Pandangan kabur kerana air mata sudah bertakung. Kelihatan pengawal sedang mengeluarkan orang lain yang berkerusi roda daripada Raudhah sedangkan saya duduk paling hujung jadi masuk antara paling awal dan keluar paling akhir. Disebabkan pengawal ingin cepat, maka emak memberi isyarat kepada mereka untuk membantu mengeluarkan saya dari sana. Sebaik terpandang emak, hati sebak… Serta merta berdoa lagi untuk emak. Khas untuk emak. Doa yang paling istimewa untuk insan yang paling istimewa di tempat yang paling istimewa…
Malam terakhir di Madinah.. Berkenalan dengan Ibrahim yang begitu ceria dan aktif. :)

Semasa bertolak ke Mekah, saya sudah boleh berjalan, turun dan naik tangga sendiri serta bersolat berdiri.Ustaz singgah ke medan Badar semasa dalam perjalanan. Subhanallah sangat termotivasi semangat jihad. 
Medan Badar menyaksikan 313 sahabat yang paling terbaik dalam kalangan Islam berjuang melawan 1000 Quraisy. Allah telah menurunkan malaikat membantu dan telah memenangkan Islam. Perang Badar merupakan perang pertama dalam Islam & kali pertama Quraisy telah kalah, sekaligus menaikkan nama Islam di seluruh semenanjung Arab. 14 orang sahabat telah syahid. Khemah nabi bernama Arish telah didirikan di tempat yang boleh menonton medan. Kini sebuah masjid bernama Arish didirikan di sini. :) Alhamdulillah solat zohor & lunch di sini. :) Labbaikallah humma labbaik...
Namun sebaik tiba di Mekah saya mulai rasa sakit semula. Akhirnya terpaksalah saya menelan pil penahan sakit yang mana akan menyebabkan saya menjadi khayal, jantung menjadi laju, emosi tidak stabil serta bakal merosakkan hati dan ginjal dalam jangka masa panjang. Saya dipimpin adik saya untuk turun dari bas sehinggalah ke pintu hotel. Saya gagal berdiri dan terjelepok di depan pintu hotel. Saya malu…… Orang ramai lalu lalang dan saya menghalang laluan. Air mata hampir mengalir dan serta merta saya membuka Al Quran dan membacanya. Di Mesir, saya sudah baca 10 juz, di Madinah pula 10 juz. Saya tidak mahu syaitan mengganggu perasaan saya. Saya tidak mahu syaitan mengambil kesempatan kepada diri saya. Saya tidak mahu lemah, saya mahu jadi kuat! Saya sudah sampai Mekah!
Merentasi padang pasir dari Madinah menuju Mekah. Cuaca panas & kering. Terharu membayangkan pengorbanan para sahabat & umat Islam berjuang menegakkan akidah di sini. Sungguh besar pengorbanan mereka! Semoga Allah meletakkan kita dalam kalangan para nabi, sahabat & syuhada. Semoga kita dapat bertemu mereka di sana. Melihat padang yang luas teringatkan padang mahsyar... Ya Allah.. Serta merta rasa pedih kulit terkena terik suria. Dahaga.

Semoga kita dibangkitkan di sisi Rasulullah. Semoga kita dapat minum telaga Rasulullah. Semoga kita mendapat syafat baginda. Semoga kita mendapat lindungan di bawah arasy Allah...

Alhamdulillah sudah masuk juz 23 hari ke 7.. Pedih mata menangis saat membaca terjemahan yang berulang kali menceritakan tentang pengorbanan para rasul, azab Allah & berita gembira syurga yang mengalir sungai di bawahnya. Bacalah.... Bacalah Quran dan bacalah terjemahannya.... Itu cara kita mengecas iman!! :'(

Hari pertama saya berkurung di dalam bilik hotel bersama Quran sebagai teman. Adik kata biar mereka ke Masjidil Haram dahulu dan melihat keadaan ke sana. Sebaik pulang mereka berkata jalan di sana sempit, sibuk dan berbukit maka sukar untuk membawa kerusi roda. Hati saya lansung tidak merajuk sebaliknya membuak-buak mahu melihat Kaabah. Keesokkan paginya saya bangun awal dan bersiap-siap untuk ke Masjidil Haram. Saya berjalan perlahan. Adik saya memaksa saya menaiki kerusi roda tetapi saya bertegas tidak mahu. Sepanjang jalan saya berdoa “Ya Allah.. Aku datang untuk beribadah, permudahkanlah…” Doa berselang ucapan Labbaikallah humma labbaik…. Alhamdulillah saya dapat buat tiga kali umrah. Semenjak di Madinah saya lansung tidak mengikuti program ziarah kerana saya merehatkan diri supaya bertenaga untuk berjalan kaki bertawaf, bersaie dan bersolat di Masjid. Di Mekah juga saya merehatkan diri di dalam bilik sahaja dan lansung tidak ikut mereka menziarahi tempat-tempat bersejarah. Hari-hari berikutnya dihabiskan dengan beriktikaf di masjid. Selepas khatam Quran, ulang semula bacaan. Kota Madinah dan Mekah didirikan atas dasar keimanan dan manusia datang kepadanya kerana keimanan. Secara logiknya, tiada lansung hiburan yang menarik hati di sini kecuali beribadah. Di sini manusia berlumba-lumba mahu beribadah. Begitulah juga hidup kita seharian, perbaharuilah niat-niat kita supaya sentiasa memulakan sesuatu atas dasar keimanan. Semoga orang-orang yang mendampingi kita juga akan hadir atas dasar keimanan.
Ustaz kata Allah akan menguji kita dengan pelbagai ujian dan semakin lama semakin berat sehingga nyawa-nyawa ikan. Kemudian barulah dihantar pertolongan. Ya, benar.. Seperti di dalam Al Baqarah Ayat 214..

Adakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu cubaan seperi orang2 terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan & digoncang sehingga rasul & org2 beriman bersamanya berkata "Bilakah akan datang pertolongam Allah? " Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat...

Gambar : Tingkat 1 Masjidil Haram...

 Akhirnya pada 28 April, kami kembali semula ke Malaysia. Penduduk Malaysia sangat jauh lebih berhemah dan berbudi bahasa jika dibandingkan dengan Mesir, Madinah dan Mekah. Itu membuatkan saya sangat menghargai Malaysia. Dalam masa yang sama juga, saya sangat mencintai Madinah dan Mekah kerana kemuliaan yang Allah berikan kepada tempat-tempat itu. Walaupun sudah kembali ke Malaysia, jarak bukanlah alasan untuk mengurangkan amal ibadah seperti ketika di sana. Hakikatnya Allah itu terlalu hampir dengan diri. Berdoalah dengan rendah hati dan taatilah segala perintahNya dan jauhilah segala laranganNya. Berselawatlah kepada Rasulullah saw, nescaya baginda mendengarnya walaupun jarak beribu batu.

Penulis : Nur Khalilah Rasyidah bt Abd Karim
Posisi : Timbalan Mas'ul 2 / Amanah Tarbiah dan Syakhsiah
"Alternative text

Monday, April 30, 2012

TAFSIR SURAH AN-NISA' (AYAT 34)


بسم الله الرحمن الرحيم



Maksudnya : Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

Tafsir Fi Zilalil Quran - Asy-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah

Keluarga sebagaimana yang telah ditegaskan adalah institusi pertama didalam kehidupan manusia, pertama dari segi ianya merupakan titik tolak yang mempengaruhi seluruh peringkat perjalanan hidup seseorang manusia dan pertama dari segi kedudukannya yang amat penting kerana ia berperanan dalam melahirkan dan mendidik zuriat keturunan untuk menjadi semulia-mulia manusia mengikut acuan Islam.

Allah telah menciptakan manusia lelaki dan perempuan sebagai suami isteri mengikut peraturan semesta untuk membangun alam ini. Di antara tugas-tugas perempuan yang telah dijadikan Allah ialan mengandung, melahir, menyusu dan mengasuh serta mendidik anak-anak. Tugas-tugas ini adalah tugas yang besar dan penting,bukannya tugas-tugas yang senang dan kecil yang boleh dilaksanakan begitu sahaja tanpa persediaan jasmani, persediaan kejiwaan dan persediaan amali yang mendalam dalam diri seorang perempuan.

Oleh itu adalah adil bagi Allah meletakkan ke atas bahu lelaki tugas berkaitan keperluan-keperluan rumah tangga dan tugas memberi perlindungan kepada perempuan supaya ia dapat memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang penting ini. Tentulah tidak sewajarnya ia dipaksa mengandung, melahir, menyusu dan mengasuh anak-anak sedangkan serentak dalam waktu yang sama ia terpaksa bekerja, berpenat dan berjaga untuk memelihara keselamatan dirinya dan keselamatan anaknya. 

Begitu juga adil bagi Allah mengurniakan kepada lelaki dan perempuan ciri-ciri khsusus masing-masing pada struktur anggota, saraf, akal dan jiwa mereka masing-masing, iaitu ciri-ciri yang dapat membantu mereka dalam kerja-kerja melaksanakan tugas masing-masing. Inilah yang telah berlaku, dan Allah tidak pernah menzalimi sesiapa.




"Alternative text

Sunday, April 15, 2012

Sultan Muhammad Al-Fateh | Penakluk Konstantinopel |


Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 dan mangkat pada 3 Mei 1481. Detik kelahirannya pun sudah mengisyaratkan bahawa ia bakal menempa sejarah yang besar. Kejayaan yang bakal ditempanya sudah dapat dirasai apabila berita kelahirannya disampaikan kepada ayahandanya-Sultan Murad, tepat ketika baginda sedang membaca Al-Quran pada ayat yang bermaksud ; "Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata." [ Al-fath : 1 ]

Semenjak dari kecil beliau sudah diajar dan dididik dengan ilmu agama. Panglima-panglima tentera telah dijemput oleh ayahnya untuk mengajarnya ilmu peperangan. Sifatnya yang tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, serta tegas dalam membuat sesuatu keputusan.

Sultan Murad begitu menitik beratkan tarbiah kepada anaknya. Hati anaknya telah ditempa dengan jiwa jihad dan ilmu peperangan semenjak kecil lagi. Beliau tidak dimanjakan, walaupun hidup dalam istana. Inilah merupakan ketua yang malamnya bagai rahib merintih pada Allah dan sangat kuat beribadah, manakala siangnya bagaikan singa kuat berjuang.

Diusia 16 tahun beliau diberi kepercayaan oleh Sultan Murad untuk memangku jawatan baginda sebagai pemerintah Turki semasa baginda pergi ke Pulau Magnesia. Mula menduduki takhta pada usia 19 tahun selepas kemangkatan ayahandanya. Dikala itu baginda telah begitu arif mengenai tipu helah musuh. Di waktu itu Maharaja Konstantinopel telah mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, beliau menyuruh guru-guru tersebut pulang sambil berkata " Haram hukumnya seorang Islam ditarbiah oleh orang kafir "

Sewaktu pemerintahannya juga, beliau membangunkan sebuah benteng yang dinamakan Rumeli Hissari yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya untuk mengangkat batu dan pasir sehingga ulama-ulaman dan menteri-menteri terpaksa ikut serta.

Akhirnya pada 29 Mei 1453 baginda berjaya menawan Konstantinopel. Beliau telah membuktikan kebenaran hadis Rasulullah. Konstantinopel telah ditukar namanya kepada Istanbul yang bermaksud Islam Keseluruhan. Sejarah menunjukkan bagaimana beliau bersikap lemah lembut dan bertoleransi yang sangat mengagumkan. Rakyat pada ketika itu diberi kebebasan untuk beragama. Semua gereja yang ada dikekalkan untuk kaum nasrani beribadah kecuali gereja Aya Sophia yang telah ditukarkan kepada Masjid.
Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke mukanya dan terus sujud syukur apabila meraih kejayaan tersebut.

Pada kali pertama solat jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapakah selayaknya menjadi imam. Muhammad Al-Fateh memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya untuk bangun dan baginda lantas berkata " Siapa diantara kamu sejak balighnya hingga ke saat ini pernah meninggalkan sembanhyang fardhu sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, melambangkan tidak ada seorang pun diantara mereka yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu. Beliau bertanya lagi " Siapa diantara kamu yang pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib sila duduk!" hanya sebahagian daripada tenteranya sahaja yang duduk.

Beliau meneruskan lagi " Siapa diantara kamu yang sejak baligh hingga ini meninggalkan sembahyang tahajud, sila duduk!" kali ini seluruh tenteranya duduk, kecuali seorang. Dia itu ialah Muhammad Al-Fateh sendiri. Dialah orang yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajud sejak akil baligh. Beliau ialah pemimpim yang dimaksudkan oleh Rasulullah didalam hadis baginda.


"Alternative text

Saturday, April 14, 2012

ikhlas??memang susah...


Salam alaik,

Rasa nak berkongsi sedikit sebanyak tentang apa yang saya pelajari dari hari ke hari, masa ke masa.Tentang Ikhlas,.hmm... tipulah kalau saya cakap saya orang yang paling ikhlas. Saya sendiri tak tahu sama ada saya ikhlas atau tak.

"Ikhlas ke aku pegang kepimpinan sekolah selama ini?",
" Ikhlas ke aku buat semua kerja2 tu dulu ? ",
" Ikhlas ke bersahabat dengan dia?" ,
" Ikhlas ke memberi tanpa meminta kembali ?"



Mungkin saja ini bicara paling munafiq saya kelmarin. Tentu saja sahabat saya mendengar dengan penuh rasa menyampah. Saya sendiri pun menyampah!

Orang ikhlas ni buat kerja tulus hanya untuk Allah. Kadang-kadang kita rasa kita ikhlas, sebenarnya tidak.

Ikhlas ni lawan dia Riya', Sum'ah, Ujub.

Riya' ni mudah je kita nak tahu. Bila kita rasa semangat nak beramal depan orang lain. Tiba-tiba je rajin solat sunat. Rukuk pula bukan main lama. Sujud apatah lagi, sampai melekuk lantai ditenyehnya.

Sum'ah lebih bahaya. Kita buat amal dalam keadaan tak ada orang disekeliling. Tapi kita rasa suka bila amal kita ni orang tahu dan duk sebut-sebut. Jadi teladanlah kononnya. Hati rasa berbunga-bunga bila orang sebut kita ni seorang yang jaga ibadah malam, sentiasa beristighfar dan sebagainya. Ini Sum'ah namanya.

Kalau kita terlepas daripada Riya' dan Sum'ah pun, ada yang lebih dahsyat lagi. Iaitu ujub. Haa yang ni bukan antara kita dengan orang lain, tapi kita dengan bisikan diri sendiri. Rasa ajaib dengan diri sendiri sebab kita mampu istiqamah dengan solat dhuha setiap hari. Pelik pun ada, kita mampu bangun malam 2,3 kali seminggu.

"Aku ni wali Allah ke?"
"Pelik, aku ni ahli syurga dah kot ni.."

Soalan ni duk berdetik dalam hati dan fikiran.

Nah, ini lah musuh-musuh ikhlas. Susah sungguh nak capai tahap ikhlas nih. Kalau terlepas daripada ketiga-tiga 'musuh' ikhlas ni pun belum tentu lagi kita dah ikhlas. Saya menulis ni pun entah ikhlas atau tak. Ikhlas ni sangat mendalam. Ianya rahsia dalam rahsia. Kalau kita rasa kita dah ikhlas pun belum tentu lagi kita dah mencapai ikhlas.

Amalan tak ikhlas lebih teruk daripada debu. Tak ada nilai. Bahkan debu pun lebih baik, sekurang-kurangnya boleh juga guna buat tayammum.

Tapi jangan kerana takut tak ikhlas kita terus tak mahu beramal. Itu lebih sesat dan menyesatkan. Allah telah memberikan pedoman pada kita. Buatlah sebaiknya.

"Bekerjalah kamu, maka Allah akan menilai perkerjaanmu itu.." (At-Taubah:105)

Beramal itu tugas kita, menerima dan menilai itu hak Allah. Beramallah sehingga kita letih nak buat maksiat.


Ya Tuhan kami,
Engkaulah tujuan kam

wallahuallam,
"Alternative text

JOIN

Copyright (C) 2011 Template Doctor design by Malith Madushanka
Sponsors : www.allfreez.com | Cool Blogger Tutorials | HQ Wallpapers | The Templates Partner| Top Songs Online.